Followers

Monday, February 28, 2011

Pengalaman yang menjijikkan....

Actually kisah ni da lame...zaman2 belajar kat Unikl dulu..mase final year...tahun 2009...
Aku ingat lagi sebab time tu abang ipar aku ajak teman pegi menara celcom nak bayar bil and belikan hset BB kat isteri dia merangkap akak aku...

sementara dia settlekan urusan die tu..aku lepak la kat luar tu..kat bangku...sambil2 tgk org lalu lalang kuar masuk etc..pelbagai karenah aku tgk....hehe...

nak dijadikan cerita....ade la sorg pak cik ni...aku syak die tu indon tgk cara die dress up camtu...hehe...jalan2 menuju kearah aku sambil bawak jambu...igtkan nak bagi aku..rupa2 nya nak duduk sblah aku je.....xpe la..silakan.....



aku pon cam besa la keep on counting seconds la sbb duk tunggu abg ipar aku lame sgt....tetiba plak la ade pencemaran bunyi kat sblah aku ni...chupp chapp chupp chapp...duk makan jambu..aku syak pak cik tu x cukup gigi gamaknya..sebab bunyi kunyahan die lain benar....

sambil2 tu aku duk sms la ngan kawan aku and sometimes perhatikan karenah org yang lalu lalang...tgk kiri kanan..tetiba aku perasan la..pak cik td tgh cungkil gigi.ngan lidi jambu yg dia makan td...very the yekk2....

tgh duk sedap2 aku berangan..tetiba aku rase kaki aku sejuk tetiba...rase geli2....
aku pon tgk la.....
anda tahu ape yang berlaku?????anda tahu??and anda nak tahu?????

BENDA SEJUK2 KAT KAKI TU ADALAH............!!!

TAIK GIGI PAK CIK TU!!!YAKNI JAMBU TADI!!!!!!!!!

HANGIN AKU!!!!!!!

tapi xde la aku kepoh2...just aku bangun sambil mencarot dalam hati and mencari punca air.....huhuhu....air takde..aku sanggup beli air...buat basuh kaki.......

HANGIN TAU...RASE CAM X SUCI LAGI.......hahaha..OVER LA PLAK....
but....eeeeee....yucks kan.....

arghhh..sooo disgusting!

Sunday, February 27, 2011

GOLONGAN SOLAT

MENGAPA SOLAT TIDAK MEMBANGUN INSAN PEJUANG ?

“ Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar “                                        
Al-Ankabut,29 : 45

“ Dan dapatkanlah pertolongan dengan sabar dan solat, dan sesungguhnya (solat) itu berat 
melainkan orang-orang yang khusyu’ “                                                                                
 Al-Baqqoroh,2 : 45

“ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, mereka yang khusyu’ dalam solatnya 
“ Al-Mu’minun,23 : 1-2

“ Oleh itu, celakalah orang-orang yang solat, yang solatnya lalai, yang menunjuk-nunjuk(riya’)
“ Al-Ma’un,107 : 4-6




Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan  3

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu  ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.


Golongan  4

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7

Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.


Golongan 8

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita … wahai pejuang ? 
Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

RENUNG-RENUNGKAN...SELAMAT BERAMAL......SEBARKAN....

KENAPA SUSAH SGT NAK ANGKAT PHONE!

STAFF MARA BUAT APE SKANG NIE...
SUSAH SGT NAK ANGKAT PHONE....


DA 1 JAM AKU CALL..SORG PON XNAK ANGKAT....
HANGIN!




(peringatan; bukan semua staff MARA camtu...entry diatas ntuk certain department shj.)

Saturday, February 26, 2011

Penangan JOM HEBOH K.Terengganu

Assalamualaikum....
Weekend baru ni berlansungnye Karnival Jom Heboh kat bandar KT ni for the first time ok...dengar kata mmg ramai yg dtg...karnival selama 2 hari tu mmg pack dgn org2 Trengganu ni...nak wat camne...pertama kali sampai kat Trengganu kan..mesti la ramai....hehe...


ade kawan2, adik2 aku..kazen2 aku ajak Pegi...
tapi aku BIG NO!!xnak aku pegi...mesti jalan jam..people jam...dan segala mcm jam lagi...sori ye adik2 ku sekalian sebab x bawak anda sume ke JOM Heboh....lagha sume tuh....hehe...


tapi ni bukan citenye...
yg aku nak cite nie..berkenaan ngan jom heboh tu jugak....
petang jumaat yg indah baru ni...aku lepak2 la umah mak cik aku..borak2 kosong etc....and die bukak la cite....kerana penangan Karnival Jom Heboh nie....


jiran mak cik aku la cite kat mak cik aku...pastu mak cik aku cite kat aku....citenye berbunyi begini...


ade satu persatuan ni..under **** yg berpangkalan di Terengganu la....membatalkan program sambutan Maulidur Rasul yg dijangka berlansung pada hari jumaat....kesahnye...boleh plak program tu dibatalkan sebab ahli persatuan tu nak pegi kat KArnival Jom Heboh yang katanye first time kat Trengganu ni...so xnak lepaskan peluang....


BOLEH GTEW!


AKU NO KOMEN.
full STOP.

Thursday, February 24, 2011

CITE YANG AKU SUKA KECIK2 DULU..

FLASHMAN....

Penah dengar..sape yg lahir around 80's mesti tau cite ni kan...kalu sape yg x tgk tu mmg rugi la camtu...aku dulu suka flashman kaler biru (actually kuning sbb bleh wat ribut salji)...hahaha...cite ni mmg byk mempengaruhi aku time kecik2 dulu..dulu suka melukis watak2 dalam cite ni..dari costume, die nye rasaksa, robot, jet, moto and etc..hehe..


So kat sini ade diceritakan serba sedikit tentang sejarah cite ni..sejarah ke???
LAYANNN!

Pada tahun 1966, 5 baby telah diculik oleh sekumpulan alien yang dikenali sebagai  The Alien Hunters yang rangka misi mereka untuk reconstruct derang nye experiment yang diberi nama "Experiment Empire Mess", so, alien tu ingin sampel manusia dari bumi untuk percubaan pada experiment yang akan mereka jalankan. Akan tetapi, mereka (5 bayi) telah diselamatkan oleh alien yang berbangsa Flash, yang each one of them mengambil satu planet yang berbeza daripada sistem Flash suria untuk beri latihan kepada bakal pejuang keadilan tu tak lain x bukan flashman-to-be la kan. So, masing-masing dari mereka telah dilatih secara berasingan dalam pelbagai kemampuan superpower yang akan membolehkan mereka untuk melawan Mess. Ketika mereka akhirnya kembali ke bumi pada tahun 1986 untuk memerangi Mess, yang dalam cubaan untuk menyerang penduduk bumi, mereka (Flashman) juga menggunakan kesempatan ini untuk mencari orang tua mereka yang lama terpisah. So, they later learn that their time on earth will be cut short sebab derang nye birth planet's atmosphere yakni planet bumi has become deadly to them and after a year so they will die from what is known as the Anti-Flash Phenomenon.

For more info...baca kat SINI


xsah kan..kalu xde video...LAYAN!


-THE END-

Wednesday, February 23, 2011

LUKISAN 1

ENTRY BERGAMBAR SAHAJA (tapi ade penerangan skek)

kucing tu nok makang ikang tu sbenornye...
mule2 die wat lolok cakak je..pahtu lame2 bile ikang tu ralik duk dengor ye cakak nape ye ngap terus..abes licing tinggal ekor je trapong dalam ayer..siam plok.

LUKISAN

Entry gambar sahaja kerana tidak mempunyai modal untuk menulis dengan lebih lanjut...hehehe...










BTW..kucing tu bernama MUFFY..anak kepada kenalan penulis....siapakan kenalan penulis itu....

RAHSIA pohon cemara....

Tamat.

LOMPAT TIME!!!

Entry bergambar sahaja...
AMIN

Yehaaa! Ultraman brothers.


Anok2 weqs!


Fatin & Mira


KAK DA


Me and MoMOK

Kat tingkat 22 UNIKL CC..matila lecturer kat blakang...
hehe..

Me at 16th Floor Unikl CC...2009.



Skang da 2011..mampu lompat lagi?MAMPU......
hahaa!

SEKIAN

DALAM KITA BERWUDUK

1. Dalam kita berwuduk..kita terlupa sebenarnya...Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'. 
 Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamudengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini'.Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'. 
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita ditangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar e-mail (nampak sgt cilok dari email kan) ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah.

Wasallam.

Tuesday, February 22, 2011

SEMPAT KE X?

SEMPAT TAK KALU SAYA NAK JADI FASHION DESIGNER?????

-will be updated later-

WACOM

Assalamualaikum....(xjawab dosa)
hehe....

Petang2 camni je la bleh nak update..arini klas pagi je..pastu petang xde so pas lunch td rase cam nak study design pakai WACOM pen tablet je...hehe..anda tahu apa itu WACOM pen tablet nnt saya cite...

Arini ok je...klas berjalan seperti biasa...even agak bengang tp xpe...abaikan cite bengang tu...bengang2 pon still maintain cool je....hehe...

Tetiba rase cam clueless je nak tulis kat cni...haha...so dengan itu dengan senang hati saya bagi anda LINK ni ntuk anda "check it out"...haha!

Cukup x???Kalu x cukup tambah nasi...eh..tambah nasi ape plak...hehe...tgk plak kat SINI

Tadi saya pakai yg model nie....

dan ini bukan saya ya....hehe


Xpuas la godek2 benda nie..Khamis ni nak try lagi la...sebab td skejap sgt...hehe...nak tgk hasil die...hehe...malu plak nak tunjuk sbb simple je saya buat...

CHINGGG!!!!

Cuba teka s.a stand for what???hehe...

Tu je ke????what the Fish....
hehehe....

Nanti la sy upload kat cni die hasil dari penangan Wacom nie ye...(actually wacom ni name company..pesal la aku asyik sebut wacom...)..lantak le...sedap je bunyi nye..hehe....

Dan kat bawah ni ade beberapa video penggunaan Wacom pen tablet ni untuk tontonan umum.


hehe..nanti aku nak study lagi la..pastu nak lukis cam Stephanie Valentin nie...gempak sehh....




Nice kan...k la..hav to go...
daaa....

Tetiba tringat balik kejadian pagi tadi..BENGANG!!!but....COOL...

Monday, February 21, 2011

GLEE (Don't Stop Believing)

Currently listening to this song....Don't Stop Believing by cast of Glee...Glee ok...bukan Geli...hahaha...

Kat bawah ni ade video mase derang perform mase malam semi-final X-Factor.


 

Overall, performance derang mmg bagus..GEMPAKS and seangkatan...
Enjoy!

Sunday, February 20, 2011

Punishment for Gossiping or Quarrelling Women

Hello All....
Actually skang ni tgh2 godek2 tenet nak wat research  berkenaan ngan product design sket (kononnye la)...tgh godek2 tu terjumpa la satu benda ni....u know what?..aku tergelak sorg2 tau dalam office bile tgk gamba benda tuh..and baca die nye description and history etc...nak tau x ape???hehe....

CHINGGGGG!!!


Credits: Science Museum London

"SCOLD'S BRIDDLE" (cam kepala ikan Phiranha plak kan)


“A ‘Scold’s bridle’ is a fearsome looking mask which fits tightly on to the head. A scold was defined as a “rude, clamorous woman”. The bridle was used as a punishment for women considered to be spending too much time gossiping or quarreling. Time spent in the bridle was normally allocated as a punishment by a local magistrate. The custom developed in Britain in the 1500s, and spread to some other European countries, including Germany. When wearing the mask it was impossible to speak. This example has a bell on top to draw even more attention to the wearer, increasing their humiliation. It was used until the early 1800s as a punishment in workhouses.

source:
http://www.theworldsbestever.com/2011/02/08/punishment-for-gossiping-or-quarrelling-women/

This item is one of the more disturbing objects in Henry Wellcome’s collection. A ‘Scold’s bridle’ is a fearsome looking mask which fits tightly on to the head. A scold was defined as a “rude, clamorous woman”. The bridle was used as a punishment for women considered to be spending too much time gossiping or quarreling. Time spent in the bridle was normally allocated as a punishment by a local magistrate. The custom developed in Britain in the 1500s, and spread to some other European countries, including Germany. When wearing the mask it was impossible to speak. This example has a bell on top to draw even more attention to the wearer, increasing their humiliation. It was used until the early 1800s as a punishment in workhouses.

source:
http://www.sciencemuseum.org.uk/broughttolife/objects/display.aspx?id=5343



Some punishments were very heavily gendered. The scold’s bridle symbolized the idea that women were like animals, because horses were made to wear bits and bridles. But there was also the practical effect that the bridle stopped a woman from speaking. Speech was said to be one of the main things that set humans apart from all other animals. By taking away her power of speech the bridle made a woman more bestial in practice as well as in theory.

Taken from this SITE

for more info feel free to click this LINK
Or see the video down here.


So, for those people out there yang suka gossip2, ngumpat2 or yg seangkatan dengannya tu boleh la cuba2 pakai ye..hehe...kalu pakai ni mmg nampak HIGH FASHION nie..hehe...





So, the moral value is STOP GOSSIPING. kachingg!daaa....
Renung2kan..Selamat Beramal.....

Saturday, February 19, 2011

DESIGN TIME!!!!

Actually this design is made few months ago but less than a year...Time ni just nak polish balik skill 3D tu...sebab tak biasa sgt pakai software Autodesk Inventor ni...stat pakai software ni pon time join training under SIRIM ntuk course design engineering-Rapid Product Development...


Lagi pun software ni xde la beza sgt ngan software 3D yg lain cam solid work ke..Rhyno and etc so sape yang dah ade pengalaman guna 3D CAD software rasenye xde masalah nak guna Autodesk Inventor...design nie actually berinspirasikan daripada blok batik and aku just experimentasikan dalam bentuk yg pelbagai...dalam 10 designs kot aku buat...ade untuk earrings, loket, butang and etc.


3D part design

Yg. dah dirender...'Rendering'







So yang kat bawah ni hasil daripada Experimentasi yang telah dibuat..actually senang je..just main2 kat circular patten..hehe..check it out!


Then, bila dah dapat semua design yang diingini....
TADAAA.....
Just mix & match....






-TAMMAT-

(ade kawan tanye..."shareh,tak takut ke org ambik design tu")
(aku balas..."ambik la...sbb xde la glam pon design tu...just self tutorial je")

MOVIE Time!!

Mellow all!hehe..asyik2 org approach kita dgn menyebut Hello, Hai dan segala macam mak nenek lagi kan...camne kalu kita tukar sket cam Bellow ke....Wellow ke....Nellow ke...etc....haha!Ok x???sounds nice x..haha!


Actually bukan itu topic yang akan diceritakan kat cni ok....hehe...topic die berkaitan ngan movie yg aku tgk baru nie...kalu nak diikutkan movie tu da kuar lame dah..tp aku baru dpt tgk,hehehe....sbb baru je copy ngan student....bleh plak kan copy movie ngan student...student plak nak sama baya ngan cikgu ni ha...ape kes....actually xde kes pon...layannnn!


Movie yg bertuah yg menjadi pilihan aku ntuk dilayan tu adalah....3 IDIOTS.




Yup cite 3 IDIOTS..hindustan occay...mula2 igtkan cite ni cam tipical cite hindustan yg lain...tp kan cite ni sgt special....just imagine la..aku tgk cite ni twice in 24 hours....aku cite la kat kawan aku bla..bla...ttg cite nie...korg tau dia balas ape..


"he'eleh ko ni lambat la shareh,cite tu da lame dahh...mmg best pon cite tu...ko baru tgk ke..kesiann......ye la kan...lupe plak kat KT mane ade wayang...dulu mase duk KL bleh la tgk wayang once a week...hahaha!(die gelak jahat)"


No caption.


Sadis je rase....hehe...WHAT EVER!!(versi chika dalam cite Tari Tirana)...xkesah la..baru tgk ke ape..yg penting aku da tgk..and nak tgk lagi next time....hehe...persetankan ape org kate..huhuhu..


Tapikan..xtipu cite ni mmg best...Amir Khan mmg tdk pernah mengecewakan aku..haha...sbb lagi satu movie yg aku suka tgk smpai skang cite Mann...till now ok..aku still tgk...nak cite panjang pon cam malas je..baik korg tgk sendiri...hehe...Aku kalu stat tgk hindustan mmg layan la...tangkap leleh la...tp besenye kalu part nanyi2 tu aku skip je...


Tapikan, sepanjang hidup ni..penah skali aku dipaksa tgk wayang cite hindustan lakonan Shah Rukh Khan...mase tu time blaja...aku DIPAKSA ok...aku da cuba avoid tp apakan daya...demi kawan..aku sanggup..tp still.....hehe....


kesah die mcm ni..mase tu aku still study kat Unikl City Campus and aku stay kat Keramat Au bape dah...x igt plak...umah atas bukit sket..hehe..... Okay, kawan aku iaitu Faraheha dan Echot la yg nak tgk sgt cite nie..derang siap blanje tiket aku lagi tu ajak teman...so ktorg gerak la ke KLCC then straight ke wayang then beli tiket then pegi makan dulu...then..(bape byk then daaa...)


(da kat dalam wayang)


besa la kan..mula2 b4 movie stat mesti die tayang trailer dulu kan...aku prasan dalam hall tu bape kerat je yg ade...x sampai 20 org...sumenye kulit gelap kecuali ktorg la...ade a few indian couple, banglas and seangkatan and ktorg...pastu mase layan movie tu...ya rabbi..boring yg amat...aku rase la...1st 15 minutes aku kuar..ckp kat membe aku nak g toilet..tapi kan....hehehe....pas p toilet aku kuar trus....pusing2 klcc..then balik umah...odw balik tu aku da pk2 da nak bagi alasan ape kat minah 2 ekor tuh....hehe...


Bile kenang balik pengalaman mase study kat Unikl dulu best sgt2...hidup di KL byk mengajar aku erti hidup..(wah,ayat drama siot)...tp xtipu...byk benda aku blaja...dari segi rohani dan jasmani...just imagine ok..study di tgh2 bandaraya KL tu and ramai aku tgk budak2 muda yg hanyut...culture shock etc....blaja x abes(mati la nak byr loan Mara yg byk itu)...tp skang alhamdulillah...dihitung kira da stahun lebih aku meninggalkan KL...dan stay kat KT ni...Manir tercinta (MANIR MAJU 2015,perlu ke????)

ish....ish...ish....AGAIN!
terbabas lagi....stat bercerita ttg movie trus hanyut kepada kisah hidup.......hehe...

ape2 je la....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...