Followers

Thursday, June 21, 2012

Tinggal Kenangan

Assalamualaikum wbt.
Terasa lama tidak bermadah pujangga di ruangan ini...tidak berkongsi cerita serta pandangan...berita gembira atau sedih...serta ilmu untuk perkongsian semua. Sesungguhnya, keinginan untuk menulis berkongsi cerita sentiasa menebal didalam diri...jari jemari seakan2 ingin menari menekan keyboard...tapi bukan daya cik areh ingin meneruskannya jika tidak diizinkanNYA....jadi sudah hampir 2 bulan lebih ruangan ini dibiarkan kosong tanpa cerita dan berita...dan sepanjang 2 bulan lebih ini jugalah pelbagai peristiwa telah berlaku...pelbagai aktiviti cik areh sudah lakukan....ramai orang baru yg cik areh kenal...byk ilmu baru yang cik areh dapat...serta dugaan dan cabaran yang cik areh tanggung...alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar dan sentiasa dipermudahkan oleh Allah swt.

Selama sebulan lebih cik areh ke Sarawak untuk menuntut ilmu...hidup di perantauan membuatkan cik areh sentiasa ingat akan keluarga rumah serta kampung halaman...tapi yang sentiasa cik areh kenangkan ketika berada di Sarawak adalah kedua ibu ayah cik areh.....ayah yang sedang sakit...dan ibu yang sentiasa menjaga ayah ketika sakit....tumpuan menuntut ilmu semestinya tidak penuh...otak minda sentiada menerawang jauh....secara jasmaninya sentiasa kelihatan happy..tetapi rohaninya....hanya tuhan saja yang tahu.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...