Followers

Friday, December 30, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU (MAHATHIR & SUE)

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat pengantin baru to my brother and S.I.L...actually mereka dah selamat dinikahkan about a month ago (if i'm not mistaken) and the majlis di pihak lelaki was on Saturday 10th dec 2011...baru cik areh nak tempek gamba kat cni kan....alasan yg agak cliche "cik areh busy" hehe...korg layan la beberapa keping gamba yg ditempek kat bawak nie ye...


Thursday, December 29, 2011

HIKMAH BERWUDUK


Assalamualaikum w.b.t readers skalian...sorry sgt2 sebab dah lame x update..sbb cik areh super busy and super malas as usual....tp skang ni rajin sket..so cik areh nak share sket ngan readers sume ttg hikmah berwuduk..ni pon cik areh jumpa kat mane pon cik areh dah lupa...xpe la...hehe..apa2 pon yang baik tu dtg dari Allah s.w.t...dan yg buruk tu dtg dari kelemahan diri cik areh sendiri..selamat membaca...

HIKMAH BERWUDUK.

1.      Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


 2.      Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak,
Janganlah Kau  hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3.      Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .


 4.      Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .


5.      Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6.      Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat,
memfitnah dll.


 7.      Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah,  permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan
pantas  sekali.


8.      Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah,  bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
  
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Sama2 la kita berkongsi. Ikhlas kerana Allah.

Wasallam.

Wednesday, December 7, 2011

Kenali dan Ketahuilah Biodata RASULULLAH SAW.

Pepatah melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya lansung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa2 keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat islam lebih mengingati kelahiran paderi "st.valentino' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT??
Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

Disini cik areh akan sharekan biodata Rasulullah SAW ok..setakat yang cik areh tahu lah..ni pon hasil daripada edaran yang cik areh ambik kat masjid...hehe...xpe..sama2 kita berkongsi ape yg kita dapat untuk kebaikan semua org. Benda yg baik harus disebarkan....

Nama Rasulullah SAW: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh Lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun    Gajah; bersempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah)

Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama :Thuwaibah ( Hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

BERSAMBUNG.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...