Followers

Thursday, December 29, 2011

HIKMAH BERWUDUK


Assalamualaikum w.b.t readers skalian...sorry sgt2 sebab dah lame x update..sbb cik areh super busy and super malas as usual....tp skang ni rajin sket..so cik areh nak share sket ngan readers sume ttg hikmah berwuduk..ni pon cik areh jumpa kat mane pon cik areh dah lupa...xpe la...hehe..apa2 pon yang baik tu dtg dari Allah s.w.t...dan yg buruk tu dtg dari kelemahan diri cik areh sendiri..selamat membaca...

HIKMAH BERWUDUK.

1.      Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


 2.      Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak,
Janganlah Kau  hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3.      Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .


 4.      Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .


5.      Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6.      Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat,
memfitnah dll.


 7.      Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah,  permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan
pantas  sekali.


8.      Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah,  bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
  
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Sama2 la kita berkongsi. Ikhlas kerana Allah.

Wasallam.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...